Friday, August 5, 2011

Pengalaman Pertama Gua Skodeng Orang Beromen: 2005

*seperti yang gua cerita dekat brader-brader Pirate Lekiu pukul 4 pagi.

Cerita ni dah jadi enam tahun lepas, jadi gua cuba untuk ingat sepenuhnya.
Gua dulu masa darjah enam, budak basikal. Bukan jenis yang jipang-jipang tepi handle ada riben sambil pakai Rayban tu. Gua jenis BMX. Kira top jugak la geng gua ni dulu.

Satu hari, macam biasa, aktiviti petang-petang gua dengan geng gua adalah melepak dekat Padang Cik Ayob. Gua ingat-ingat lupa muka Cik Ayob ni macam mana. Tapi kira legend jugak lah sampai boleh namakan padang dengan nama sendiri.

Gua lepak tepi, lepas tu gua panggil seorang budak ni. Baik orangnya. Nama gua dah lupa. Ah, senang cerita gua lupa semua benda-benda terperinci dalam cerita ni. Gua hulur seringgit. Dulu kalau lu orang keluar rumah untuk melepak, bawa sekeping syiling 20 sen cukup. Tapi kalau lu bawa seringgit, lu kira paling brader. Gua cakap dekat dia, "Belikan gua aiskrim asam boi. Hah, lu semua nak apa?". Rata-rata semua pilih aiskrim milo. Jenis tak membesar budak-budak ni. Dulu kalau lu makan aiskrim asam boi, lu dikira paling brader. Sebab aiskrim ni jenis jarang dibuat dan tak sedap pulak tu.

Sambil gua dengan geng gua tunggu delivery aiskrim gua, satu kutu datang dekat kitorang dengan badan berpeluh-peluh. Dia kata, "Weh! Aku nampak ada orang peluk-peluk dalam kereta depan lombong tu!". Gua jadi berdebar. Gua masa kecil mana gua perkataan romen-romen ni. Gua tengok rokok dulu pun gua dah kata itu ibu segala kejahatan.

Sampai je delivery aiskrim gua, gua gigit tepi plastik dan kepit guna gigi atas-bawah gua. Dulu kalau lu makan aiskrim dengan cara ni, lu dikira brader-brader. Kira macam lu bawak kereta sambil hisap rokok dan tangan luar tingkap jugak lah. Gua capai basikal dan lead geng gua. Gua dah nampak kereta keji tu. Brader tu peluk makwe tu lagi. Gua jadi tak sabar. Gua bawak laju-laju tepi kereta tu, dah lepas kereta, gua patah balik. Dekat 4-5 kali jugak gua ulang benda sama. Sampai brader tu perasan yang gua dok nak ushar dia buat projek, dia stop. Gua pun bodoh pergi stop sama. Stop depan kereta dia pulak tu.

Dalam kegelapan cermin tinted kereta brader tu, gua nampak dia tunjuk jari tengah pada gua. Gua jadi kaget.

No comments: