Tuesday, October 27, 2015

NHS

Kami sedang baring bersebelahan di atas katilnya. Aku berada di sebelah kiri katil, dihimpit antara dinding konkrit yang sejuk dengan tubuhnya yang hangat. 

Sebelah tangan kami saling berpautan antara satu sama lain, dan setiap ruang di celah jari kami terisi dengan sendirinya. 

Yang kedengaran cuma bunyi kipas siling, dan detik dari jam dinding. 

Wajahnya aku tatap, dengan nafasnya terasa rapat. Aku pejamkan mata dan melepas hela yang penuh dengan hampa, menambah bunyi yang ketiga dalam kesunyian malam. 

Matanya mulai berkaca terisi perasaan kesal, dan bibirnya mulai berdetak untuk mengungkapkan perkataan yang takkan pernah terucap. Hidungnya mulai pedih dan merah, sebaknya terasa dan dia mulai lelah.

Sudah seminggu kami tidak berhubung. Topik pertengkaran terakhir kami bukannya tentang perkara yang menarik. Ianya mengenai kesibukan aku dan kerinduan dia.

Dan seminggu kemudian, inilah yang terjadi. Kami sedang terbaring dan saling berhadapan, saling mengisi jawapan dalam kotak silang kata dan mencari jalan keluar dari labirin. 

Kami berdua saling tahu, yang rindu itu saling terasa. Cuma yang menjadikannya rumit, adalah masa. 

Rumah Natang, 3.52 pagi.

Friday, September 13, 2013

I Can't Remember How

"I can remember the exact date of the assassination of Abraham Lincoln or the date of the Nazi invades Norway or the day the Berlin Wall falls or the day Star Wars Episode 1: The Phantom Menace was released. I can tell you the reason why the French Revolution happens or how Mahatma Gandhi died.

But I can't remember or identify the real reason of why I love you.

It is not because of your long, shiny, straight hair that smells like peach, or your old, rusty spectacles that it so loose, every time you looked down it nearly falls. Or the book that you read in the KTM when we first met, or your hysterical laugh when I crack jokes but then you told me to shut up, or how you always told me not to speak loudly in public. Or how you are different from any of other girl because of how you love it when I bring you to the street hawkers for dinner or how you smiles when we split bills because I am broke, all the time.

I don't think your sudden mood swings or how your eyes rolled up when you got annoyed or pissed off is the reason why I love you. Like I said before, I can remember random historical facts but I can't remember the reason of loving you (and where did I last put my car key). And in 'loving you' topic again,

It is like I don't need any reason to love you.
It is like I never need one."

Untitled, Ali Rafiq, 2013

Tuesday, August 13, 2013

That Cute Little Waitress


In a conservative country, in a country where human rights are always being oppressed, where having possession of certain, certain weight can turned you into a drug dealer and can be sentenced to death, a cute girl came to me and asked,

“Bro, ada weed tak?”

Untitled, Ali Rafiq, 2013

Thursday, April 25, 2013

Fizik dan Bahasa Melayu


"Semasa saya di Tingkatan 4, guru Fizik saya adalah seorang guru baru.
Beliau sangat baik, tak pernah tengking murid dan beliau sangat cantik. Mata beliau berwarna hazel.
Saya ingat lagi, beliau pernah sekali baling marker kepada saya kerana saya sangat bising.
Dan selepas membaling, beliau terus pergi ke bilik beliau di belakang kelas makmal.
Rakan sekelas saya, memaksa saya untuk memohon maaf kepada beliau. Saya akur.
Tetapi menjadi seorang yang berumur 16 tahun, saya tidak meminta maaf kepada beliau.
Saya cuma masuk ke dalam bilik tersebut, berdiri di sebelah beliau, terdiam.
Kerana beliau sedang menangis.
Dan beliau sedar akan kehadiran saya.
Dengan mata beliau yang hazel, beliau berkata kepada saya;
"Saya tahu awak semua pandai, dah belajar dekat tuisyen. Tapi boleh tak atleast dengar saya nak ajar apa?"
Dengan mata beliau yang hazel.

Semasa saya di Tingkatan 5, guru kelas saya juga adalah cikgu Bahasa Melayu saya,
Cikgu Subashini. Beliau mempunyai satu polisi yang bagi saya sangat..pelik.
"JANGAN MINUM DALAM KELAS!" kata beliau, pernah sekali ketika saya sedang minum air Mountain Dew dalam kelas.
"Nak minum, minum kat luar. Jangan dalam kelas. It's rude. Sangat biadap.", saya kira kerana ketika itu saya sedang minum air gas.
Tetapi tidak, 2 hari selepas itu, rakan sekelas saya juga ditengking sama.
Dan dia minum air mineral dari botol yang dibawanya setiap hari.
Saya jadi geram, kerana bagi saya ini satu bentuk penindasan.
Saya bukannya makan dalam kelas atau tidak beri perhatian, saya minum kerana saya dahaga.
Tetapi beliau seorang cikgu yang bagus."

Monday, April 8, 2013

Mod Senyap dan Bergetar (Patah)

Pernah tak kau rasa, sakit hati?
Tak, bukan sakit hati saja-saja.
Like literally, sakit hati.
Pernah tak?

Pernah tak kau rasa dari dalam badan kau,
macam ada sesuatu tarik kau,
atau makan kau,
atau cucuk kau,
atau hiris kau,
perlahan-lahan,
sedikit demi sedikit,
sampai kau mati.
Semua dari dalam.

Perasaannya adalah sangat fucked up,
kau rasa macam nak mati,
tapi kau tak mati.
Perasaannya macam nak bunuh kau,
tapi kau tak terbunuh.

Sampai satu tahap,
kau akan cakap sendiri;
"Kenapa sanggup buat aku macam ni? Baik kau bunuh aku je, baik aku mati je."

Rasa sakit itu betul-betul dekat tengah-tengah dada kau,
air liur kau terasa kelat,
nafas kau naik-turun,
kau rasa tercekik,
dan tubuh badan kau menggeletar dalam kadar yang perlahan,
sangat perlahan, tapi kau boleh rasa;

Macam bila telefon bimbit kau bergetar apabila teman wanita kau cuba hubungi kau,
tapi kau tak dengar sebab kau sedang berhimpit dan bersesak dalam gerabak KTM.
Dan apabila kau periksa telefon kau selepas itu, ada 3 panggilan tak terjawab dan 4 mesej.

Bukannya perasaan bergetar itu menyenangkan,
cuma aku harap ianya akan membawa berita yang baik.
Tetapi tidak,
ianya tidak baik.
Berita yang tidak baik.

Contohnya seperti ada satu ketika, apabila aku cuba hubungi dia untuk tanya dia di mana,
tapi dia tak jawab.
Mungkin sebab dia tak dengar, atau dia aktifkan mod senyap dan bergetar,
atau mungkin sebab telefon dia di dalam beg tangannya,
atau sebab sebenarnya, dia tak sedar.

Kerana dia sedang berpelukan dengan lelaki lain dalam gerabak KTM,
dan lelaki itu cuba untuk melindunginya, seperti yang selalu aku buat.
Walaupun mereka berdua berpelukan di dalam koc wanita.
Aku tahu, aku nampak.
Ter-nam-pak.

Dan melihat keadaan dia yang sebegitu,
tiba-tiba tengah dada aku sakit,
air liur aku terasa kelat,
nafas aku naik-turun-naik-turun,
dan hampir tercekik.

Hati aku mulai patah,
retak,
pecah,
koyak,
rabak,
pedih dan dengan perlahan,
ianya membunuh aku,
dalam bentuk getaran, yang sangat, sangat perlahan.
Tapi aku tahu aku tak boleh buat apa-apa.

Pernah tak kau rasa, sakit hati?

Tuesday, March 26, 2013

Tuhan, tunjukkan aku sedikit bukti


Masa aku kecil, kalau aku masuk bilik air dan lampu tu kelip-kelip macam rosak, aku akan berfikir.

Dan bila lampu tu dah terpasang macam biasa dan tak lagi berkelip, aku cuma akan fikir satu benda: Tuhan/Setan.

Selain dari lampu berkelip, contoh lain adalah bunyi pintu berkuak atau kilat terpancar dekat langit atau apa-apa lah.
Dan setiap kali terjadi benda-benda macam tu, aku akan fikir: Tuhan/Setan.

Bukan sebab bagi aku, Tuhan dan Setan itu benda yang sama, maksudnya dari segi zarah atau zat atau kuasa atau apa.
Tapi sebab bagi aku, Tuhan/Setan itu kongsi satu benda yang sama: Ghaib.

Jadi setiap kali terjadi benda-benda macam tu, aku akan cakap dalam hati; Kalau betul Kau ada, 
tunjukkan aku sedikit bukti.

Aku tak tahu apa sebenarnya yang aku minta, mungkin sedikit bukti macam..tunjukkan lampu berkelip lagi sekali?

Selalunya aku akan minta Tuhan tunjukkan bukti lah, jarang aku minta Setan. 
Takut juga aku ni kalau tiba-tiba betul Setan nak tunjuk bukti dan muncul depan aku.

Dan selalunya, selalu, dalam konteks ini tak pernah lagi, ada bukti-bukti yang macam aku minta.
Tak ada lampu berkelip buat kali kedua.
Tak ada bunyi pintu berkuak buat kali kedua.
Tak ada kilat terpancar dekat langit.
Tak ada apa-apa lah.

Tak ada.

Mungkin sebenarnya aku lonely, dan mahu Tuhan teman aku. 
Bila dah besar ni, aku rasa Tuhan yang lonely. 
Tuhan ciptakan jutaan manusia, dan bayangkan, 
dalam jutaan tu berapa ramai je yang betul-betul dengar cakap Dia?

Tapi bila tak ada bukti-bukti yang aku minta,
aku baru tahu.

Aku tahu kenapa Tuhan tak tunjuk bukti-bukti tu dekat aku.

Sebab dalam dunia ni, ada banyak lagi manusia,
yang nak jumpa Tuhan, 
yang minta banyak lagi bukti,
yang mahu Tuhan teman,
dan yang lonely.

Monday, March 25, 2013

Benda-benda yang macam ni (Untuk awak, ya, awak)


Kau tahu, aku selalu cerita pasal kau atau pasal kita dekat kawan-kawan aku.
Pernah sekali, mereka tanya, "Macam mana kau buat, sampai hampir 5 tahun. Macam mana kau buat tanpa ada perasaan ragu-ragu?"

Aku tak jawab. Aku cuma sengih.
Tipulah kalau aku kata aku tak pernah ragu.

Bila aku cerita tentang kau dekat kawan-kawan aku, dia akan tanya; "Kau dah bosan ke?"
"Apa maksud kau?", tanya aku.
"Iyalah, kau dengan dia kan dah lama, kau dah bosan kot?"

Tak, sayang.
Aku tak pernah bosan. Mungkin aku cuma..penat?
Penat.
Yeah, that's the word; penat.

Dan selepas tahun-tahun ni semua, aku tak pasti, adakah ini yang aku betul-betul nak?
Aku tak pasti.

Pernah tak kau rasa yang kau perlukan sesuatu untuk hubungan kita, tapi kau tak tahu apa benda sesuatu tu?

Sesuatu tu mungkin benda-benda yang kecil dan simple,
benda-benda yang boleh tolong kita perbaiki hubungan kita,
benda-benda yang kita selalu nampak tapi selalu terlepas pandang.

Benda-benda yang tak klise, yang semua pasangan lain buat.
Keluar pergi mall, makan, tengok wayang, jalan-jalan, lepak dan kemudian balik.
Benda-benda yang bezakan kita dengan pasangan lain.

Contohnya, pergi lepak kedai buku, keluar tanpa arah tuju, makan makanan pelik-pelik, dating dekat Zoo Negara, makan sushi Tesco
dan kongsi makanan bila kita (selalunya aku) tak ada duit.

Benda-benda yang macam itulah.
Yang boleh buat kita happy.
Sebab kau akan tahu bila aku tak happy.

Dan kau akan selalu tanya, "Awak, are you okay?"
Aku akan selalu jawab, "Yeah, I'm okay. Kenapa tanya?"
Dan kau akan selalu jawab, "Nothing. Saja tanya. Eloklah tu kalau awak okay dan tak ada apa-apa."

Tapi mana kau tahu sebenarnya, aku harap kau akan tanya, "Awak, are you okay?"
Aku akan jawab, "Yeah, I'm okay. Kenapa tanya?"
Dan kau akan pandang aku dekat mata dalam-dalam, peluk aku dan jawab, "I know you're not. Saya tahu. Jangan tipu."
Mungkin aku akan tipu, aku akan cakap, "Mana ada tipu, saya okaylah. Betul ni."
Dan kau akan cakap balik benda yang sama, "No, you're not okay."
Mana kau tahu aku sebenarnya harap sangat, yang kau akan cakap benda-benda yang macam ni.

Kalau kau cakap benda tu, ianya akan buat aku sangat happy, memikirkan yang dalam hidup ni, dalam dunia ni,
ada lebih kurang 7 billion manusia,
tapi kau, dalam sejumlah banyak tu, kau pilih aku. Dan ambil berat tentang aku. 
Mana kau tahu aku sebenarnya harap sangat, yang kau akan cakap benda-benda yang macam ni.

Dan sebenarnya pada malam sebelum kita tidur, aku harap sangat kau akan tanya,
"How was your day, sayang?"
Sebab aku nak jawab, "Just fine, tapi kalau awak ada dekat dengan saya, things will be better."

Kadang-kadang kita selalu terlepas pandang,
kita ingat benda-benda kecil dan simple, tak payah nak fikir banyak dan ambil berat sangat.
Tapi kita lupa, benda-benda macam tu yang sebenarnya buat kita berhubung dan berkomunikasi.
Dan benda-benda tu dah hilang sekarang.
Dah tak ada.

Benda-benda yang simple, macam inilah,
Benda-benda yang macam ni.